Alhamdullillah, diberi kesempatan untuk kami Reunion kecil-kecilan lagi..
Tapi kali ni hanya berlima ja (Saya, Arnie, Liza, Hanim n Nani).. Kali ni Mira tidak dapat join atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..
Happy kan kami.. Hehehe..
Dalam flight.. tidak la lama sangat.. dalam 1 jam 20 minit gitu..
Memandangkan di Krabi lambat 1 jam.. So, kami smpai jam 4.40 ptg (5.40petang waktu Malaysia)
Sampai Krabi.. macam biasa la isi-isi borang di airport sebelum masuk kaunter Imigresen (Shuuttt.. dorg muka garang gila tu di kaunter..) Tapi macam biasalah, jangan ambik hati sangat la.. Dorang pun menjalankan tugas di sana..
Keluar dari kaunter Imigresen, memandangkan kami lewat sampai d Krabi.. N berfikir mmg tiada masa untuk cari pakej-pakej maybe lagi murah di Ao Nang Beach.. terus p kaunter pakej.. budak-budak jaga kaunter pun boleh cakap Melayu.. (bunyi kelantan sikit) hehehe..
Korang cuba la minta kurang sehabis mungkin macam kami (Thanks Arnie @ Mama) P berhabis daya minta kurang harga.. So, kami dapat la pakej best.. Nanti saya cerita pasal harga.. :)
Ini transport dari Airport ke Hotel.. Driver pun bagus.,.
"Miti hotel.. Miti hotel.."
Jakun sikit.. heheheh
So.. kami selamat sampai di Hotel.. Kami memilih Miti Hotel Ao Nang.. Pasal ramai yang bagi feedback best hotel tu..
Ok juga laa.. hahaha...
Ada kolam-kolam juga baa..
Cuma hotel ni jauh sikit dari Ao Nang Beach.. dalam 800meter..
Still blh naik bas atau TUK-TUK..
Atas sebab lapar.. sampai hotel.. letak beg dan terus mengisi perut..
Malam pertama, kami memilih Al-Hud Restoren.. Blh tahan juga la harga.. makan 5 orang dalam 680k bath.. senang kira - RM68.00 la..
Restoran ni Ok juga la.. pasal apa ok.. pasal ada wi-fi.. hahaha.. (memandangkan tiada ambik data n beli sim card thailand.. jadi keseronokan berlaku di sana.. hahaha)
Settle makan-makan.. kami memulakan tinjauan dimalam hari.. - mmg sifat kesabaran tercabar..
Sama seperti blog-blog orang lain.. Banana Pancake sangat Glamour... hahaha
Jadi, misi pertama mencari Banana Pancake la..
Ini pancake kami dapat dekat dengan Masjid Ao Nang..
(sebenarnya, siapa pernah makan murtabak jawa - sama ja.. kulit murtabak jawa, goreng rangup.. then letak pisang dalam.. lepas tu, letak coklet nutella atas dia..)
harga, seperti di atas.. rasa berbaloi ka.. sekali rasa boleh la kot.. biasa-biasa je pun..
Dan memandangkan malam sudah menghampiri jam 9 malam.. Dan memikirkan banyak aktiviti di keesokan hari.. maka dengan itu, kami pun balik hotel..
Tips : Insyaallah, kalau orang yang berniaga tu memakai tudung.. adalah makanan HALAL.. bak kata Wawa - owner pancake.